Tuesday 10 April 2012

BANDUNG – DAY 2 DVD & PASAR BARU..AGAIN!!!


Bangun pagi,gosok gigi ,mandi dan kami terus pergi breakfast.Memang makanan yang disediakan tak banyak piliha.Berbaloi la denga harga bilik yang dibayarkan.Yang disediakan hanyalah Nasi Goreng,bubur dan meehoon goreng,air kopi dan teh'o.Bagi aku ianya sudah memadai.

Agenda untuk hari ini adalah untuk ke Pasar Kembang untuk mencari DVD lanun.Mahu nangis ya melihat harganya.Dari hotel kami berjalan keluar untuk mendapatkan teksi.Kami terus menuju ke Pasar  Kembang.Pasar Kembang ini bersebelahan sahaja dengan Pasar Alun-alun.
Apabila sampai disini,kami terus mencari DVD yang dikehendaki.Sekeping DVD berharga IDR5,000 bersamaan RM1.70!!!Apa lagi,kesemua cerita korea yang belum dibeli di KL dibeli disini.Agak lama juga kami disini kerana memcari DVD yang dipesan orang.Banyak jugak la duit yang ditabur dekat sini.

Selepas selesai membeli DVD,kitorang mengambil peluang untuk berjalan-jalan dikawasan sekeliling.Pada waktu ni aku dah surrender.Member aku jer yang pergi membeli-belah.Setelah penat berjalan dan hari juga agak panas terik,aku pun pergi la ke kaunter MC D untuk membeli MC Flurry.Terkejut beruk aku harga MC Flurry nya selepas di convert hanya beharga RM 1.70 !!!!! OMG.
First aku beli untuk aku jer,lepas tu aku beli lagi sekali,tapi kali ni aku beli untuk kawan aku sekali.

Dari sini kami berjalan menyusuri kaki lima untuk sampai ke Pasar Baru.Tidak jauh pun.Target ke Pasar baru lagi kerana semalam kami tidak sempat mendapatkan kain batik untuk souvenir untuk ahli keluarga.Tanpa banyak fikir,aku terus pergi ke toko batik dan membeli 3 kodi kain batik. Setiap 1 kodi berharga IDR135,000 dan mempunyai 5 helai kain batik.Pada waktu  ni barulah terfikir samaada  jumlah prebook  luggage mencukupi atau tidak.Semasa menunggu taxi,sempat lagi kami membeli buat salak.Rasanya sangat manis compare dengan buah salak di KL.Selesai pembelian,kami balik semula ke hotel untuk menghantar barangan.

Setelah berbincang,kami decide untuk menambah jumlah prebook luggage disebabkan barangan yang dibeli makin bertambah.Kami terpaksa mecari cafe  yang mempunyai WIFI malangnya tidak berjumpa.Akhirnya kami pergi ker Paris Van Java Mall untuk melihat samaada terdapat cafe internet ataupun tidak.Nasib kami menang tidak baik.Tak jumpa langsung cyber cafe ya!!!Terpaksa la aku meminta bantuan dari kawan kat KL untuk membuat upgrade luggage.Dan Alhamdulillah ianya berjaya.




Sepatutunya pada malam tersebut kami dinner di Tokyo Station,disebabkan kami sudah pun berada di PVJ Mall dan ternampak pulak Man U cafe,,maka tempat pilihan untuk dinner pada malam tersebut adalah di Manchester United Cafe and Bar.Yum..makanan yang lazat dan murah ya.Tokyo Station kena postponed untuk malam berikutnya la nampaknya.Selepas habis makan,kitorang jalan-jalan dalam mall,camwhore sana sini,makan desert di J.Co samapai kena tapau sebab kekenyangan dan terus balik ke hotel.Pada waktu ni hujan dah start turun,terpaksa la kami menunggu taxi dalam hujan.

Sampai dihotel,selepas membuka pintu bilik,kami agak terkejut melihat 1 plastik besar berisi plastik bag shopping pada hari sebelumnya telah dilipat dengan kemas oleh pekerja hotel.WOW plastik nya  bukan sedikit ya,sangat banyak yer.Bersihkan diri,relax ,kemaskan luggage dan Zzzzz 

No comments:

Post a Comment