Monday 9 April 2012

BANDUNG – DAY 1


 yeeyeeyy ... kalu nak tau cam ner aku belli tiket murah, klik BANDUNG – TIKET
yeeyeeyy ..kalu nak tau cam ner aku dapat hotel budget klik  BANDUNG – HOTEL
Disebabkan perjalanan aku dari rumah bermula pada jam 3am,maka entri ni pun akan bermula dari awal pagi hingga kemalam. Aper yang aku nak kasi tau ialah,entri ni sangat panjang.Terima Kasih.
Aku mulakan entri ni dengan lagu ni dulu ya..layan..

Mengapa kau pergi,Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi,Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu,Datang dan temui aku,Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu,Aku inginkan dirimu,Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu,Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi,Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku


Semoga engkau kan mengerti,Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai,Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa,Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai,Akan indahnya cinta

Ok,aku bukannya fans untuk lagu ni ,tapi adalah kejadian kat Pasar Baru yang membuatkan aku boleh minat kat lagu ni.Nanti aku share.

Seawal 3am aku dah kuar dari rumah aku untuk ke Kampung Baru untuk pick up member aku.Aku cuak juga pada mulanya sebab,walaupun tempat yang aku tinggal ni bersebelahan dengan jalan utama,tetapi aku tak nampak 1 bijik teksi pun.Aku dah nervous ni.Belek contact nombor dalam BB aku,boleh tak der 1 pun nombor taxi.Setelah hampir 10 minit tunggu, baru la aku berjaya menahan taxi.Aku terpaksa pergi ke Kg Baru dulu sebab member aku ni tak biasa naik taxi memalam buta.Dia ni penakut sikit,jadi terpaksa la aku pick dia kat Kampung Baru. Dari Kampung Baru,kami menuju ke KL Sentral untuk mengambil SkyBus untuk pergi ke LCCT.
Dalam jam 4.45am gitu kami dah arrive kt LCCT.Walaupun 4.45am,tapi manusia yang ada kat dalam LCCT ni buat macam tak terasa  awal pagi.Ramai giler manusia.Kitorang terus pergi kaunter untuk drop bag.Untuk trip ke Bandung ni,aku ngan kawan aku bawak 2 bag seorang. 1 beg Deuter dan 1 lagi luggage.Lepas dah settle semua barula kami mencari tempat untuk breakfast.Selepas puas memusing,kitorang decide untuk pergi makan kat Marrybrown kerana itu jer tempat makan yang lengang sedikit dari manusia.

Selepas makan terus bergerak ke boarding gate.Masuk jer ker boarding gate,manusia semua dah beratur.Flight awal rupanya. Kami pun terus jer la berbaris.Tak sempat nak bergambar kat area tu.
Lepas hampir 2jam 30 minit, akhirnya ,kitorang pun sampai di bumi Bandung. 
Dari bandara,kami membeli kupon taxi untuk sampai ke Progo Hotel.Harga kupon ini adalah IDR40,000.Perjalanan dari bendara ke Hotel hanya memakan masa selama 15minit.Dan jalannya tidak berapa sibuk pada ketika itu.Ketika sampai dihotel,aku hanya buat pengesahan bilik dan meletakan segala bag yang dan terus keluar dari hotel untuk pergi mencari breakfast.
Jalan menuju ke hotel..
Dekat FO ni la kami menikmati breakfast untuk hari pertama.Kami memilih makanan western.Harganya berserta air masih di bawah RM10.
Dari FO Stamp ini kitorang mengambil taxi untuk pergi ke Pasar Baru.Dan aktiviti menghabiskan duit pun bermula.Disebabkam masih awal,so kitorang berjalan-jalan diluar dahulu.


Dan kami pun terbeli gelang ni..

Kat kedai gelang ni kami disapa dengan pemuzik jalanan.Yang pertama tu aku memang tak layan pun,nyanyi lagu yang tak glamer dan tak sedap pun suaranya.Tapi pemuzik yang kedua tu memang best. Suaranya,lagunyer,petikan gitarnyer,pendek kata memang best la dia bawak lagu ni.Tapi bila aku ngan member aku toleh belakang,Ya Rabbi,macam tongkang pecah orangnyer!!
Disebabkan dia menyanyi dengan baik sekali aku pun tak der rasa ralat la nak kasi IDR2000 kat mamat ni.Lagu apa dia nyayi??Of course la lagu diatas ni..hihihihih.

Seterusnyer,baru la kami masuk kedalam Pasar Baru.Ambil perhatian ya,dalam pasar baru ni banyak sangat pencopek dan penjual air /souvenir yang sangat annyoying.So,jangan la korang nak bertanya harga pada dorang ni semua,dah la meletakkan harga yang tinggi,once korang tak beli mereka akan cari korang sampai korang beli. Ala-ala macam Petaling Street gitu.

Kedai pertama yang aku singgah adalah kedai Toko Laris. Sangat glamour yer toko ni di didalam Forum Cari.Tapi aku tak berminat nak beli banyak kat toko ni.Bagi aku,harganya mahal.Kat sini aku belikan 2 telekung yang kawan aku kirimkan.Setiap 1 berharga IDR150,000.Jalan punya jalan,punya jalan kat dalam pasar Baru ni,kami berhenti kat 1 toko yang menjual kain pasang.Di kedai nilah member aku terjebak dengan kata-kata manis si penjual kain.Banyak giler kain yang member aku borong.Time ni aku tak terlintas pun nak membeli kain kat toko ni.

Aku pun tergerak hati nak pergi ke toko dihadapan aku,kedai ni menjual telekung yang sebijik sama macam yang aku belikan untuk kawan aku tadi dan harganya hanyalah IDR100.000. Harga pecah telor katanya. Tapi aku lebih berkenan dengan telukung yang bersulam bunga rosella.Harga kat KL adalah RM250. Tapi kat kedai tu harganya IDR100,000!!! Tanpa pikir panjang terus jer aku membeli kat telekung kat kedai ni.Disini jugalah saya membeli telekung pesanan dari rakan-rakan yang lain.

Setelah habis membuat pembelian disini,aku bergerak menuju ke tingkat atas untuk membeli simcard yang baru.Disini,aku gunakan simcard XL.Dan disini jugalah aku membeli bedak Pixy dengan harga RM5.60(refil) sekotak.Tak der maknernyer nak beli sekotak jer kan.Maka berkotak-kotak la aku membeli.Agak lama juga kami di Pasar Baru ini.Sampai skip lunch lagi.Tidak terasa jam sudah menunjukkan 3.30pm.Pada waktu ini barulah kami beredar untuk menghantar hasil belian ke hotel.Nasib baik ada pekerja yang boleh tolong menghantar barangan ini sampai ke teksi.

Selepas penat bertarung di Pasar Baru,akhirnya kami sampai juga di Progo Hotel.Selesai urusan check in,kami terus dibawa kebilik.Bilik ni memang aku request nak duduk kat bahagian bawah sekali.Terbaca banyak review pasal hotel ni.Kateryer air presure sangat low,bilik tak bersih, dan tidak di sediakan lift.Kitorang tak pulak mengalami peristiwa macam ni semua.Bab lift jangan risau ya,proses memasukan lift sedang giat dijalankan.
Kitorang hanya relax dalam bilik sebelum bersiap-siap semula hendak keluar untuk berjalan dikawasan sekitar dan menikmati makan malam.Destinasi pertama adalah Heritage.Heritage ni bersambung dengan Cascade.Jadi kitorang spend masa yang agak lama ketika disini.Dan disini juga la kami menikmati makan malam diaatas bumbung.

Selesai makan malam kitorang berjalan kaki untuk balik ker hotel.Sampai hotel,relax jap,baring jap,barula member aku perasan yang dia tertinggal baju kat Cascade.Keluarla kami semula untuk pergi ker sana.Nasib baik walking distance jer.Kalau tak memang aku tak keluar la.Sampai disana,nasib baik bajunya masih disimpan.

Sewaktu balik kali ni baru aku perasan ada satu restoran namanya TOKYO STATION.Waktu siangnya sangat sunyi,tetapi pada waktu malam sangat ramai orang mengunjungi restoran ini.Restoran ini terletak berhadapan dengan hotel sahaja.Time tu jugak kitorang decide untuk menikmati makan malam disini pada keesokkannya.Hmm tengokla nanti ya
Balik hotel,rest mandi ,rebah badan atas katil,sakit kaki,senang hati,tak banyak cerita dah terus Zzzzz ...

No comments:

Post a Comment