Thursday 31 May 2012

WISH LIST NO 2 DAH TERCAPAI!!!

YESSSSSS..Wishlist no 2 dah tercapai.!!!!
Alhamdulillah,berkat menabung sampai sangup tak makan,mimpi setiap malam akhirnya dapat  juga membeli kamera yang diidamkan.Masa nak beli kamera ni pun banyak jugak dugaannya.Hampir kena tipu la,SA kedai layan nak tak nak jer,salah kasi filter dan macam-macam la..sampai hampir putus mood nak beli.


Okay,perancangan awal nak beli Canon 1100D jer..sebab tu jer budget yang ada.Tapi alih2 berkenan lak dengan 600D.Pikir punya pikir, +, - semua..akhirnya beli jugak la yang 600D punya.Penat juga kaki pergi survey untuk dapatkan harga yang terbaik.Akhirnya beli di kedai Foto Edar Bukit Bintang. Harga yang ditawarkan adalah RM2700 untuk set kamera 600d beserta lens 18-55 + tripod + Raydawn CPL + cleaning kit + Bag + buku EOS 600D + 8g HDSC + skrin protector. Kira oklah la nih sebab banyak jugak gift yang dapat.






Untuk bag sebenarnya saya ada beli bag asing iaitu limited edition EOS secara online. Harga setiap bag hanya RM 50 sahaja.Plan nak beli yang warna hitam sahaja,tapi tergoda pulak dengan bag yang dari jenis kain jeans.Last-last beli kedua-duanya sekali!!!



Jadi,sekarang nih memenag kerjanya nak snap jer la.

TAMAT

ps:tup tup x sampai beli 600D,keluarla pulak 650D..huaaaa

Monday 7 May 2012

BALI - SAMBUNGAN TRAVEL SOLO KER???

Sambungan dari kisah BALI - TRAVEL SOLO KER???, yang dah terlepas boleh baca kt sini , aku dah dapat geng nak pergi travel sesama yeeeyyyy Bukan sorang ,tapi 2 orang sekali gus!!!
Syukur,akhirnya ada gak geng yang akan follow sekali.Bukan apa,pasal tiket dan hotel aku tak risau sangat, yang aku pening adalah pasal kos sewa kereta.Boleh hilang moob bila terkenang kos sewa kereta kat sana.Ok,sekarang aku senaraikan benda yang aku belum settlekan sebelum aku pergi ke Bali.Macam nak pergi bulan depan jer

1.Sewa Mobil/Pak Supir/Tourguide
Pergi Jakarta dan Bandung dulu aku tak risau langsung pasal transport sebab bluebird senang nak dapat,pergi Bali aku memang akan pakai tour guide sebab ini pulau perlancongan and harga semuanya mencekit darah.Sehari hargasewa kereta dah mencecah RM120. Kalu 3hari  x 1 pax dah berapa??Jatuh miskin terus aku dibuatnya.Sebab tu aku kena cari geng untuk pergi ke Bali ni jugak. Bab sewa mobil merangkap Pak Supir/Tourguide,aku dah arrangekan dengan Pak Isme.Dari review yang aku dapat dari forumer kat Cari,nampak banyak sangat komen yang positif.

2. Flight ticket & add on
Bab tiket,aku akan adjustkan tempat duduk aku dari 16A kebelakang lagi.Aku terpaksa ubah sebab kalau aku remain kat 16A tu,aku tak boleh nak amik view yang cantik dari atas kapal terbang sebab dia betul2 dekat  belah sayap.Luggage pun nanti nak gerak baru la aku akan tambah.Buat  masa ni aku tak tahu lagi nak amik berapa kilo.Awal February masa pergi Bandung aku amik 30kilo.Tapi time tu memang niat nak shopping pun hehehe

3.Hotel
Dah settle,boleh baca kat sini ya

NEW START

Akhirnya..berjaya jugak..Puas mencuba adsense..rupanya bukan adsense.. rupanya Nuffnang jer..senang rupanya.Aku jer yang terpikir nak gi riki nuffnang.Apapun Alhamdulullih. Semoga aku akan terus rajin untuk update blog selepas ini.

Wednesday 2 May 2012

LANGKAWI LA PULAK...

Ni trip aku yang ke 6 rasenyer.Walaupun ke6,aku rasa ralat sangat sebab banyak gambar-gambar sebelum ni dah entah kemana.Aku rasa dalam hard disk cpu yg lama.Tapi cpu tu pun dah takder kat rumah aku dah.Jadi semua kenangan kat Langkawi hanya ada kat dalam kepala aku jer.Kat Langkawi aku penah merasa duduk kat Awano Porto Malai,Aseania 2x,Mali Perdana,Nadias Inn.Kali ni rasa macam nak cuba kat Langkapuri Inn lak.Tempat lokasi cerita Na O Mei tu.


Tempat perlancongan pun dah banyak gak yang dah dicover. Antaranya Pulau Payar,Tasik Dayang Bunting,Underworld,Crocodile Farm,Gunung Mat Cincang,Cable Car,7 Wells,Snake Farm,Mahsuri,Batik Factory.
Kali ni nak pergi tengok apa perubahan yang telah berlaku kat Langkawi.Kali terakhir pergi dahulu,sepanjang kaki lima di Pantai Cenang sedang diupgradekan.
Kali ni gak nak cuna mencuba coklat Whitakers.Tahap sedap yang macam mana aku tak pastilah,tapi kalau korang bukak forunm Cari,semua dok cakap pasal coklat ni.Jadinya,next trip aku ker Langkawi pada september ni,aku akan mecari coklat Whitakkers ni.

Camner boleh beki tiket ni??Alkisahnyer aku duk survey web AA semalam.Ditambah pulak member2 tempat kerja nak pergi ke langkawi pada penghujung bulan October ni. So aku pun sajer jer la pergi menjengok..last-last aku terjumpa ngan tiket ke Langkawi dengan harga return RM118.
Aku pun apa lagi,contact la kengkawan yang ada.Nasib aku baik.Adalah seorang hamba Allah yang baik ni ni nak follow aku sekali.Balik dari kerja semalam,aku terus proceed ngan booking dan Allhamdullillah tiket aku berjaya beli jugak.Pasal tempat penginapan aku tak pikir lagi,sekarang ni aku banyak duk fikir cam ne nak beli DSLR dulu.hehhehe

Tuesday 1 May 2012

WISH LIST 2012 - 2. CANON DSLR



Memula aku berkenan yang ini.....
Ini adalah wish list no 1 untuk 2012..sepatutnya 2011 saya dah dapat membelinya,,tetapi disebabakan terdapat masalah duit yang terpaksa digunakan untuk barangan lain jadi saya plan untuk beli camera ni taun depan yakni 2012.Nak harapkan org kasi present??? jgn harapla ader org nk kasi..kena cari kwn2 yang kaya kut bru leh dapat ni..



Harga - RM 1700 - RM 1900
Target - End Dec or end Jan 2012..AMIN
Color - 4 color tp x tau lagi color aper nk bli..lebih kepada black then baru red..

TAPI........



Selera model Canonku dan berubah..dari 1100D ,aku dah berkenan dengan 600D la pulak
Kerja survey harga telah pun dijalankan.So far yg paling berbaloi yang telah dijumpai ialah di kedai Foto Edar yang terletak di Bukit Bintang.
Harga yang ditawarkan untuk 1100D adalah RM1650 berserta aksesori,4g memori kad dan tripod.
Bagi 600D lak RM2499 berserta aksesori,8g memori kad dan tripod

Banyak lagi event yang akan berlangsung sepanjang tahun 2012 ni.Yang dah terlepas

1. Trip to Cherating
2. Trip to Bandung
3. Trip to Kelantan
4. Annual Dinner Company

Coming soon event
1. Kenduri Kesyukuran sambut puasa
2. Hari Raya
3. Hari Raya Haji
4. Trip to Langkawi
5. Team Building
6. Trip to Bali
5. Trip to Jaakrta