Hari ni akan check out dari Toyo
Hostel dan menuju ke bandar Kyoto pulak.Nak pergi ke Kyoto boleh naik train
biasa yang makan masa dalam 45- 60 minit atau naik shinkansen yang harga nya
dlm RM 40 untuk sehala. Disebabkan saya ada JR Pass, maka saya naik jer la
shinkansen ni.tak perlu untuk reserved seat bagai sebab total perjalanan ambil masa dalam 10 minit sahaja.Punya la laju ketapi
kat jepun nih.
Dah sampai station Kyoto, terus menuju ke perhentian bas
yang terletak diluar station ni.Jalan tak jauh mana pun.Bas kat jepun nih
berbeza sikit dengan kat Malaysia. Kat Malaysia, naik dari depan,bayar dan turun kat belakang. Kat Jepun pulak, naik
dari belakang, turun pulak dari depan dan bayar tiket dekat machine sebelah
drivever.Kalau nak beli pass pon kena beli kat driver ni.Saya gunakan Kyoto
City Bus pass yang berharga Y500 sehari untuk unlimited.
Dari station bus ni
,saya ambil bas yang menuju ke Hostel yang saya dah tempah dari awal.Agak senang sebenarnya untuk samapai ke
kawasan hotel ni. Berada dekat dengan kawasan perumahan. Sangat excited nak
bermalam kat sini sebab ni first time tidur dorm yang juga rumah tradisional.
Nama Hostel ni Hostel Hatuya Aqua.Sangat la seronok tinggal kat sini. Sangat tradisional
Female dorm untuk 6 pax.Setiap katil disediakan locker.Lorong ni sangat tidak sesuai untuk orang yang berbadan gempal dan keatas.Tersangatla sempit ya..
Bahagian dapur.Free coffee and tea.Air yang keluar dari paip tuh boleh diminum terus ya..
Rental basikal juga disediakan
No comments:
Post a Comment