Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

Monday, 7 May 2012

BALI - SAMBUNGAN TRAVEL SOLO KER???

Sambungan dari kisah BALI - TRAVEL SOLO KER???, yang dah terlepas boleh baca kt sini , aku dah dapat geng nak pergi travel sesama yeeeyyyy Bukan sorang ,tapi 2 orang sekali gus!!!
Syukur,akhirnya ada gak geng yang akan follow sekali.Bukan apa,pasal tiket dan hotel aku tak risau sangat, yang aku pening adalah pasal kos sewa kereta.Boleh hilang moob bila terkenang kos sewa kereta kat sana.Ok,sekarang aku senaraikan benda yang aku belum settlekan sebelum aku pergi ke Bali.Macam nak pergi bulan depan jer

1.Sewa Mobil/Pak Supir/Tourguide
Pergi Jakarta dan Bandung dulu aku tak risau langsung pasal transport sebab bluebird senang nak dapat,pergi Bali aku memang akan pakai tour guide sebab ini pulau perlancongan and harga semuanya mencekit darah.Sehari hargasewa kereta dah mencecah RM120. Kalu 3hari  x 1 pax dah berapa??Jatuh miskin terus aku dibuatnya.Sebab tu aku kena cari geng untuk pergi ke Bali ni jugak. Bab sewa mobil merangkap Pak Supir/Tourguide,aku dah arrangekan dengan Pak Isme.Dari review yang aku dapat dari forumer kat Cari,nampak banyak sangat komen yang positif.

2. Flight ticket & add on
Bab tiket,aku akan adjustkan tempat duduk aku dari 16A kebelakang lagi.Aku terpaksa ubah sebab kalau aku remain kat 16A tu,aku tak boleh nak amik view yang cantik dari atas kapal terbang sebab dia betul2 dekat  belah sayap.Luggage pun nanti nak gerak baru la aku akan tambah.Buat  masa ni aku tak tahu lagi nak amik berapa kilo.Awal February masa pergi Bandung aku amik 30kilo.Tapi time tu memang niat nak shopping pun hehehe

3.Hotel
Dah settle,boleh baca kat sini ya

Monday, 9 April 2012

BALI - TRAVEL SOLO KER???


yeeyeeyy ... 1.Tiket kapal terbang dah settle BALI - LAMBAT LAGI DER..
yeeyeeyy ... 2. Hotel pun dah settle BALI - HOTEL

2 benda penting sebelum nak travel sudah pun disettlekan. Kan senang kalu 2 benda ni dah disettlekan awal-awal.Tak yah nak pening2 dah lepas ni.Yang pastinyer kedua-duanye pun dah settle dibayar.Tak perlu pikir pasal duit ni dah.Tapi ader berita kurang menarik lak pasal travel ni. Dalam entri B ALI - LAMBAT LAGI DER.. kan ada kasi tau yang ader lagi 2 orang lagi member yang akan follow dan  perbelanjaan disana akan lebih murah kerana akan dikongsi bersama.hehehe.Itula motif bercuti ramai-ramai sebenarnyer.

Tetapi mungkin dah xder rezeki agaknyer nak travel sesama.Dorang berdua tak jadi nak follow bersama.Sebabnyer,time nak beli tiket tu,harga tiketnyer dah jadi mahal.Beza kat RM 100 gak la dari harga yang aku dapat. Sooo dorang tak nak join lagi trip ke Bali ni,tapi if ader lagi promo bulan depan dan harganya murah,baru dorang nak grap.

Bila dah jadi cam ni ,aku tak kisah sangat.Mental untuk travel solo masih lagi kuat.Jadi,sekiranya,takder org nak follow aku pun,aku tak kisah.aku cuma kena prepare duit untuk travel disana dan perbelanjaan makan disana.Sebab aku sudah tentu aku akan cari western food.
Transport juga sedang diuruskan. Bab transport aku akan kasi tau pada entri yang seterusnya.

Sunday, 8 April 2012

BALI - HOTEL


yeeyeeey... 1.Tiket kapal terbang - SETTLE

Sekarang masuk ke langkah seterusnyer iaitu mencari hotel tg marbeles,bersih,xder star pun tak per,dekat dengan kawasan tarikan tourist tapiiiii mesti MURAH....kalu tak murah tak menjadi la trip ni nanti kan.Sebagai traveller kelas nak masuk pertengahan,hotel bidget menjadi pilihan.

Dalam dok surf online mencari bilik yang murah tu terjumpa la dengan Tune Hotels. Bilik hotel nyer memanglah bersih dan murah,tapiiiiii semua benda nak kena add-in. Kalu korang semua jenis yang backpack habiss,tak perlu la add-in aircond,towel,tv dan yg lain2 tu..Buat habiskan duit jer.Sebabnyer korang akan spend masa yang banyak dengan activiti diluar,jadi,sila jimatkan duit anda ya.

Proses membeli bilik pun bermula.Salah aku gak tak membaca betul2 arahan yg diberikan. aku pun procees la ngan booking.time ni harga bilik baru IDR489,000 bersamaan RM164 untuk 5hari 4malam termasuk toiletries dan aircond.YAAAA 5HARI 4 MALAM YAAAA.Kenapa?tak percaya???ni baru betul-budget budget.
Time ni dah excited nk perabihkan prosese booking ni..last-last skali,time nak bayar..rupanya kena bayar ngan kad gores dan bayar kemudian,,huwwaaaaaa. Aku maner ada kad gores dan bayar ni.aku dah bertahun band kad gores ni.

Terpaksa la aku cari alternatif lain untuk beli gak bili ni.Terpaksa la aku mintak tolong kat kawan aku sorang ni untuk belikan bilik dengan menggunakan koad gores dia.Nasib baik dia boleh tolong, tapi belah malam jer la.Aku dah tak kisah.asalkan aku dapat bilik tu.Banyak dugaan time nak beli bilik ni,tak boleh nak ubah nama pembayar la,kena register la,salah account dan macam-macam la.Last-last 2am baru tiket berjaya dibeli.Tapi agak sedih gak sebab pricenyer dah naik.Jadi harga tiket bilik di Tune Hotels Kuta adalah RM185.00.


Thursday, 29 March 2012

BALI - LAMBAT LAGI DER..


Yeayyy..setelah penat memerah otak mengenai tarikh percutian akhir tahun,akhirnya  dapat membuat keputasan muktamad juga.Setelah beremail berkali-kali,talIpon pun berkali-kali, maka hli majlis sebulat suara memilih tarikh 12hb Nov 2012 - 16hb Nov bagi percutian.Motif percutian?? nak perabihkan cuti yang ador.Kenapa pilih tarikh ni?sebab 13hb dan 15hb adalah public holiday..jadi kuranglah AL yang perlu diapply.Percutian ni akan disertai oleh 2 org lagi rakan yang datangnyer dari kompany yang samer tapi department yg berlainan dengan harapan cuti senag diapprove.hihih

lama jugaklan nak pilih tarikh ni..akhirnya dpt jugak tiket yg murah banget.  tak pikir lamer,,terus tekan butang proceed..hehehe,,dan akhirnya..tadaaaa.
member yg 2 org lagi lom tahu lagi aper citer dorang.Petang karang baru nk contact2 dorang tgk mcm mana..

bagi aku,harga tiketnya sangat reasonable dan murah.Tapi ni belom masuk cost luggage n meal ya. seat aku tak risau coz awal2 dah buat boarding,so seat tepi tingkap sure punyer la.

Sekarang nak kena pikir pasal transport dan itinerary pulak. Dengan adanya Mr Google diharap semunya akan berjalan lancar.AMIN.