Dah habis ronda kawasan Kiyomizu-dera,saya teruskan ker Yasaka shrine pulak.Untuk pengetahuan,semua kawasan ni dekat2 jer.So memang boleh sangat untuk berjalan kaki.Saya tak lama pun kat kawasan in.Lepas ambil gambar,saya terus turun kebawah untuk melawat kawan Gion pula.Kat kawasan Gion ni la yang tunggu geisha ataupon maiko.
Wednesday, 30 April 2014
Monday, 28 April 2014
SOLO TRIP JAPAN - DAY 3.4 KIYOMIZU-DERA
Dah habis ronda kawasan temple, saya bergerak ke kawasan Kiyomizudera pulak.Nak sampai sini kena naik tangga keatas.Tetapi disebabkan kiri kanan ada kedai maka tak terasa sangat la bila nak naik keatas ni.Permandangan pon cantik.
SOLO TRIP JAPAN - 3.3 GION & TEMPLE
Dah naik bas menghala ke Gion, first stop adalah kawasan temple.Gion dan kawasan temple ni dipisahkan dengan seberang jalan je.saya jenis suka jalan ikut kaki,jadi memacam benda la saya jumpa sepanjang berada kat kawasan nih.Jom layan gambar jer..
Sunday, 27 April 2014
SOLO TRIP JAPAN - DAY 3.2 KINKAKUJI
Lepas dah habis ronda area Ginkakuji, pergi semula tempat turus bas tadi, tunggu pulak bas menuju ker Kinkakuji temple. Yang ini pulak silver temple.Tapi saya tak masuk dalam temple nih.entah kenapa,rasa macam malas nak masuk,padahal dah sampai kat entrace temple.
Nak sampai temple ni kena mendaki sikit sebab temple atas bukit. Tapi sepanjang pendakian tak la bosan sangat sebab kiri kanan ada orang jual souvenir.
Kat sini saya memang tak laam sebab macam tak der mood sikit.Selepas ronda-ronda kawasan sekitar saya decide nak pergi next destinasi.
Destina yang membuatkan saya sangat teruja sebab jarang sangat orang dapat peluang nih..

SOLO TRIP JAPAN - DAY 3.1 GINKAKUJI TEMPLE
Jatuh cintaaaaa..
Ok lepas dah check semua dan tinggalkan bag,mari teruskan explore di bandar Kyoto. Spo pertama adalah Ginkakuji temple. Temple emas katanya.Untuk sampai ke sini,tunggu jer bas kat tempat yang turun tadi dan tunggu bas yang menghala ke Ginkakuji.
Setiap bas ada nomber tersendiri dan akan tulis apa dia tourist spot sepanjang perjalanan.So sesiapa yang nak singgah bolehla tekan loceng.Mari layan gambar.

SOLO TRIP JAPAN - DAY 3 KYOTO
Hari ni akan check out dari Toyo
Hostel dan menuju ke bandar Kyoto pulak.Nak pergi ke Kyoto boleh naik train
biasa yang makan masa dalam 45- 60 minit atau naik shinkansen yang harga nya
dlm RM 40 untuk sehala. Disebabkan saya ada JR Pass, maka saya naik jer la
shinkansen ni.tak perlu untuk reserved seat bagai sebab total perjalanan ambil masa dalam 10 minit sahaja.Punya la laju ketapi
kat jepun nih.
Dah sampai station Kyoto, terus menuju ke perhentian bas
yang terletak diluar station ni.Jalan tak jauh mana pun.Bas kat jepun nih
berbeza sikit dengan kat Malaysia. Kat Malaysia, naik dari depan,bayar dan turun kat belakang. Kat Jepun pulak, naik
dari belakang, turun pulak dari depan dan bayar tiket dekat machine sebelah
drivever.Kalau nak beli pass pon kena beli kat driver ni.Saya gunakan Kyoto
City Bus pass yang berharga Y500 sehari untuk unlimited.
Dari station bus ni
,saya ambil bas yang menuju ke Hostel yang saya dah tempah dari awal.Agak senang sebenarnya untuk samapai ke
kawasan hotel ni. Berada dekat dengan kawasan perumahan. Sangat excited nak
bermalam kat sini sebab ni first time tidur dorm yang juga rumah tradisional.
Nama Hostel ni Hostel Hatuya Aqua.Sangat la seronok tinggal kat sini. Sangat tradisional
Female dorm untuk 6 pax.Setiap katil disediakan locker.Lorong ni sangat tidak sesuai untuk orang yang berbadan gempal dan keatas.Tersangatla sempit ya..
Bahagian dapur.Free coffee and tea.Air yang keluar dari paip tuh boleh diminum terus ya..
Rental basikal juga disediakan
Subscribe to:
Posts (Atom)