Monday, 2 July 2012

TRIP TO TANJUNG BIDARA - PART 1

Yeahhhhh...dah lama sangat tak pergi bercuti tu pasal trip nak pergi Melaka ni walaupun 2h1m tapi excitednyer datang berminggu-minggu sebelum kejadian.Trip percutian yang terakhir pada bulan March.Itupun masih sibuk dengan majlis perkahwinan anak sedara.Percutian bersama keluarga ni dibuat last minit.Itupun kerana terdapat permintaan dari ayahanda.Maka,pada hari Sabtu yang lepas,kami semua bertolak la dari Serdang untuk menuju ke Tg Bidara.

Sebelum tu,mesti kena buat persiapankan..jadi saya pun sediakanlah 2 kilo sotong dan 1 kilo udang. Ayam,itik,lembu yang lain adik beradik yang lain pulak preparekan.Pepagi lagi aku dah kena pergi ke Pasar Pudu semata-mata nak beli udang dan sotong nih.Ingat nak beli kat Pasar Borong Selangor jer,tapi kakak aku oulak caling bagi tahu kat sana harga nya mahal compare dengan Pasar Pudu.

 Dah settle kasi cuci semua,aku pun pack la sotong dan udang ni macam ni.Supaya senang sikit kat sana nanti tak perlu la nak mencuci buang bagai.Lagi pun kitorang pun tak pasti lagi samaada ada tak kemudahan untuk memcuci.kang tak pasal-pasal kena memcuci kat dalan toilet.Kan kes naya tuh..

Pada waktu sampai kat sini,waktu tu baru jam 12pm.Nasib baik orang yang sebelumnya dah check out so boleh la kitorang terus masuk check kat dalam.Pada waktu kami sampai ni cuaca agak mendung.Sangat happy la bebudak yang datang sebab boleh pergi mandi laut..yahuuu..

Kat sini kami check dekat Cindai Chalet. Kat dalam kawasan kampung.Agak privacy sebab tak der chalet-chalet lain yang berdekatan.Kat sini boleh la nak tengok aktiviti orang kampung pada waktu petang.
 Contact number kalau korang rasa nk pergi..


 kawasan depan chalet.Chalet dia biasa jer.Harga pun murah.RM85 untuk 1 malam.air cond,tv dan katil disediakan
 kawasan port memancing orang lelaki.Time petang,banyak buntal sahaja yang timbul


1 comment: