Tiket ni aku dah beli lama dah. Masa ni AA tengah buat promosi awal tahun.Banyak gak tempat yang aku survey, tapi yang kena ngan tarikh aku nak travel hanya Jakarta jer. Disebabkan aku akan travel sensorang,tiket yang murah dan dari aku tak grab tiket langsung akhirnya aku beli gak tiket Jakarta ni.Return tiket hanyalah RM106 sahaja.
Aku akan pergi untuk 4 hari dan bilik untuk trip ni masih belum difikirkan lagi. Rasanya mungkin akan tinggal disekitar manga dua jer kut.Apa pun aku akan mintak pertolongan dari Mr Google nanti.
Ni bukan trip yang pertama aku ke Jakarta, yang ini yang ke 6 tak silap aku.Banyak juga tempat yang aku dah lawati,tapi time tu passion untuk mengambil gambar belum ada.Jadi tak banyakla gambar yang aku ada.
Bezanya sebelum ini aku tak perlu pening fikir pasal bilik kerana ada kawan yang bekerja disana tapi sekarang dia dah tak bekerja disana.Bab pengankutan disana,aku tak risau sangat sebab midah dan murah. Yang pastinya aku akan cari Teksi Bluebird sepanjang sana. Hanya teksi ini yang boleh dipercayai oleh orang tempatan dan mengunakan argo.
Next entry aku cerita lak pasal hotel disana dan tempat2 yang aku nak lawati.
No comments:
Post a Comment