Saturday 20 December 2014

SOLO TRIP JAPAN VOL 2 - 1 DAY MOUNT FUJI TOUR

12th November 2014

Awal pagi kami semua dah bangun sebab ada 1 Day Mount Fuji Tour dengan K's House.Tour akan start 9am, tapi kami bangun awal sebab nak breakfast dulu dan jalan-jalan sekitar tasik kawaguchi pada waktu pagi. Tak jauh pon berjalan dari K's House dah sampai tepi tasik Kawaguchi.

Harga untuk 1 Day Tour 6,800Y. Boleh pilih nak 1 day atau half day tour.Macam kami yang tamak, kami ambil full day. Tour ni di organize oleh K's House, jadi tempat permulaan pick up adalah di K's House hostel then baru la pick seterusnya dekat Kawaguchiko station. Tour ni jugak cuma ada seminggu 2 kali sahaja. Nak info lebih boleh google K's house.




Waktu pagi bila check cuaca agak sedih sebab mendung. Harapan nak tengok gunung fuji macam tipis sedikit sebab kabus tebal.Kami ada jugak borak borak dengan tourisT kt guest house dan mereka cakap cuaca untuk 2-3 hari yang lepas pon sama,mendung dan hujan!!!hishhhh,,punah harapan
Nak buat macam mana kan,redha jer la sambil berdoa dalam hati cuaca akan cerah.

SINGEN SHRINE
Dah habis pick up semua penumpang, kami terus ke destinasi pertama.





FUJI 5TH STATION
Lokasi  ke 2 adalah Fuji 5th Station.Lokasi ini agak jauh sebenarnya. Tourist boleh juga amik bus direct ke 5th Station kalau tidak mahu ambil tour.boleh google yer cara untuk ke sana. Ini adalah station terakhir bagi kenderaan awam untuk samapi ke gunung fuji. Dan ini jugalah tempat bermulanya pendakian yang nak mendaki gunung fuji.Masa sampai sini, kami bertahan tak sampai 2 minit pun duduk diluar. Angin terlalu kuat dan suhu terlalu sejuk.Habis tangan rasa kebas masa ni.

Waktu sampai sini, tak nampak gunung pun sebab kabus tebal.Dah sejuk-sejuk tu ternampak pulak jagung rebus yang harganya 500Y!!!
yer 500Y dengan rate masa tukar duit ke jepun sama nilai dengan RM15 sebatang! Tapi kami beli jugak,nak merasa sangat jagung kat kaki gunung fuji nih






Disebabkan lokasi no 2 jauh,so sesi untuk pagi pon berakhir. Pihak tour akan balik semula ke bandar Kawaguchiko untuk lunch. Lunch tidak disediakan jadi option kami adalah balik semula ke hostel dan makan bekalan jer.




No comments:

Post a Comment