Sunday 22 July 2012

KELANTAN,, I'M BACK

Last pergi Kelantan pada bulan 3 yang lepas.Itu pun misinya anak sedara kahwin di Tanah Merah.Kali ni aku akan jejakkan kaki di Kelantan lagi cuma yang bezanya adalah lokasi dan misi aku disana. Kali ni aku kesana disebabkan honeymoon tugas.Ya tugas ya,,bukan honeymoon.Aku akan berada di Kota Bharu selama 11 hari.Yang bestnye trip kali ni transport pergi balik ke sana boleh claim,hotel disediakan,transport dari satu kedai ke kedai lain pun boleh claim dan last sekali boleh claim out station allowance.Ini part yang aku paling suker nih..

Bag yang dibawa bersama


 Aku bergerak ke Kelantan dengan menggunakan bus sahaja.Waktu balik nanti baru aku akan balik dengan AA.Waktu pergi ni biar bersusah payah dahulu,nanti time nak balik baru bersenang-lenang.Teringin jugak nak merasa naik bus Sani ni.Nampak macam gempak jer bila berselisih kat highway.Atas review kengkawan yang pernah naik bus Sani,aku pun nak mencuba la naik sekali.Tiket  bus aku beli kat Puduraya dan naiknya pulak di Hentian Putra.Harga tiket RM 40.00 untuk satu hala perjalanan.Kalau Transnasional RM 43.00.Aku sengaja pilih single setter kat bahagian bawah.


Waktu perjalanan menggunakan bus akan mengambil masa 7-8 jam!!!.Tak dapat bayangkan dalam bus tu nanti macam mana. Ini adalah trip paling lama dalam perjalanan dengan menggunakan bus.Dah prepare awal-awal bawak buku,bawak lappy,bawak kamera,caj Ipod kasi full bar takut kang bosan lak tak tahu nak buat apa dalam bus.


Banyak pilihan filem yang disediakan.Contoh cerita English ada sampai 15 cerita. Darab dengan 5 kategori,kira banyak jugala pilihan cerita yang diberikan.




Perjalanannya sangat lama.Bangun tido,,bangun tido..tu jer la kerja aku hari ni. 5.30pm baru aku sampai ke Bandar Kota Bharu. Agak perpingga-pinga mulanya sebab tak tahu itulah last stop bus ke Kota Bahru.Lepas driver inform baru tahu tu yang last stop.Kebetulan memang ada tempat teksi,Terus ambil kat siti jer.

No comments:

Post a Comment