Monday, 11 November 2013

SOLO TRIP KOREA - DAY 2 NAMINARA

Day 2  bermula dengan melawat pulau buatan yang terkenal do Korea iaitu Naminara.Orang kita panggil pulau winter sonata.Kalau korang semua penah tengok cerita Winter Sonata pasti korang tahu tempat nih. Aku tepek sekali info yang aku dapat dari Goggle.
Namisum is a tiny half-moon shaped island located in ChuncheonSouth Korea, formed as it was inundated by the rising water of the North Han River as the result of the construction of Cheongpyeong Dam (청평댐) in 1944

Hari ini : EULJIRO - YONGSAN - ITX - TAXI - FERRY 

Haaa bergitula perjalanan untuk sampi ke pulau nih.Turun naik train, taxi dan feri baru la sampai.Aku mulakan perjalanan ke nami ni ke Gapyeong dengan  menaiki ITX . Aku pilih ITX sebab nak merasa gak naik train berbeza-beza kat korea nih. Perjalanan pulak ambil masa dalam 55 minit.Ada pilihan lain iaitu naik train biasa dan lebih murah. Masa perjalanan dalam 1 jam 30 minit. Tapi aku tak suggest korang pergi station Yongsan nih sebab mesin beli tiket memang banyak tapiiiiii takder dalam bahasa inggeris!!! denggg Menyasau aku mintak tolong kat orang sekeliling untuk belikan tiket. Tapi disebabkan masalah bahasa aku terpaksa gak la tunggu sampi jumpa orang yang boleh tolong aku.Akhirnya ada la sorang oppa nih tolong aku belikan tiket train. Dia paham apa yang aku cakap tapi dia tak reti nak reply lak.Jadi macam ayam dan itik la kami pada masa tuh.

Akhirnya aku berjaya gak beli tikit dibawah. Jam baru 9.45 am tp aku hanya boleh dapat tiket untuk jam 12 jer. sold out katenyer. Ramai ker orang Korea nih pergi Gapyeong  hari isnin nih?? 


Sementara nak tunggu jam sampi ker 12pm tuh, aku merayau-rayau dulu la sekitar station nih. Station nyer agak besar. Jujurnya suasana dia macam kt KL Sentral? KL Sentral sama ngan Yongsan? Agaknya macam mana la keadaan Seoul station yer.dalam 11.30 am gitu aku dah turun ke platform bawah untuk naik train ITX.


Dah sampai Gapyeong station aku terus melintas jalan untuk pergi ke perhentian teksi. Teksi memang sentiasa ada kat situ since pulau tu tak pernah putus dengan pelancung luar ataupun tempatan.Perjalanan one way teksi ke jeti nami adalah sebannyak 4,000. harga ni berdasarkan meter ya, bukan tawar menawar.



Masa beli tiket aku pon pelik cam ner tiket boleh sold out cepat.Sekali aku sampi kat jeti,Q untuk beli tiket naik feri hampir 200 meter!!! biar betik nih!! Ya..tidak ada penipuan disini. Punyala panjang tapi yang bagusnya tak perlu berbaris lama sebab urusan kat kaunyer tiket sangat cepat.


Dah settle beli tiket terus proceed untuk naik ferry pulak. naik ferry nih tak lama mana pun.Dalam 10 minit jer. Masa bot sampai ramai yang berebut-rebut nak duduk kat dalam yang ada kerusi. Macam aku,aku lebih selesa duduk kat luar dan enjoy view yang ada depan mata.

Subhanaallah.. sungguh cantik permandangan sekitar pulau nih.







Ni kawasan dia namanya Gingko Red Lane. Ni adalah spot yang aku paling suka.Cantik dan tak crowded macam tempat yang lain. Titi kayu..tepi tasik..daun berwarna-warna.





Aku spend masa dekat 4 jam gak kat tempat nih. Kenapa aku lama kat sini sebab aku betul-betul enjoy permandangan kat tempat nih.Banyak gak tempat-tempat rehat yang disediakan kalau korang semua nak berkelah bagai.

Dah habis round semua,aku gerak semua balik ke feri sebab nak kejar ITX balik ke Seoul pulak.

SOLO TRIP KOREA - DAY 1 HANUEL PARK

Hokay..sambung ke destinasi kedua untuk hari ini. Dengan menaiki subway aku menuju ke station World Cup. Masa aku naik train aku dah perasan yang manusia macam ramai semacam. aku pon terpikir kenapa la manusia ramai sangat nih. 

Hanuel Park
Like its name Haneul, which means sky in Korean, the park is situated at World Cup Park's highest point. Every fall, silver grasses in the park's vast grassland create breathtaking views. The Haneul stairs consist of 291 stairs and have become a popular tourist attraction. Situated at the highest point in World Cup Park, there are observation points on the sloping sides of the park. There are also many resting areas.



Sebenarnya dorang semua nih termasuk lah aku nak pergi ke Hanuel Park yang terletak kat puncak bukit.Kebetulan pulak hari ni adalah hari terakhir festival yang dinamakan Eulilia Festival. Festival ni biasanya diadakan seminggu sebelum berakhirnya bulan October.


Perjalanan ker Hanuel park.



Sepatunya boleh naik terus ke puncak tuh dengan daki tangga zig zag ni.Tapi disebabkan manusia terlalu ramai,maka tangga ini hanya dibuka untuk perjalanan turun sahaja. Jadi tak boleh naik ker? Boleh tapi ke ikut yang lain.Terus terang cakap,aku pada mulanya dah give up bila jalannya sangatttt jauh dan sangat mendaki,dengan beribu -ribu manusianya tapi bila tengok orang tua bertongkat,gegurl yang bertumit-tumit dengan selambanya daki bukit tu,aku pon terpikir dah alang2 sampi kan baik aku teruskan jugak.




Sambil-sambil mendaki tuh aku sempat la masuk dalam semak samun tepi bukit tu untuk snap gambar.



Hampir 1 jam jugak aku berjalan dan akhirnya aku pon sampi.Tadaaaa








Kat lereng bukit tuh ada tempat yang boleh lepak dan ambil gambar sambil enjoy view Hangang River.Serius aku suka giler lepak sini. Ngan cuaca yang sejuk,angin sepoi-sepoi.Kalau dapat air panas lagi urmpp la.


Rakyat Korea. Ramai giler manusia.Nak jalan pun susah.


Gambar Seoul World Cup Stadium semasa perjalanan turun dengan tangga zig zag.




Habis melawat sini aku decide untuk balik ke guesthouase semula sebab aku belom check in pon lagi.Sebelum sampai hostel aku singgah family mart depan hostel dulu untuk beli nasi segera.Time ni baru la aku teringat yang aku belom makan pon!!!Punyerla excited berjalan!!!

SOLO TRIP KOREA - DAY 1 GYEONGBUKGUNG PALACE

Dah letak bag dan dah sembur sikit2 tanpa buang masa aku teruskan dengan aktiviti yang telah dirancang. Destinasi pertama adalah Gyeong Buh Gong. Nih aku copy lagi dari carian google.
 Gangnyeongjeon (Hangul강녕전Hanja康寧殿), also called Gangnyeongjeon Hall, is a building used as the king's main residing quarters.[6]First constructed in 1395, the fourth year of King Taejo, the building contains the king's bed chamber.[6] Destroyed during the Japanese invasions of Korea in 1592, the building was rebuilt when Gyeongbokgung was reconstructed in 1867, but it was again burned down by a major fire on November 1876 and had to be restored in 1888 following the orders of King Gojong.
Datang sini senang jer. Naik subway dan cari station nama Gyeong Buk.Terus sampai dan tak pening-pening langsung.




.






Hyangwonjeong (Hangul향원정Hanja香遠亭), or Hyangwonjeong Pavilion, is a small, two-story hexagonal pavilion built around 1873 by the order of King Gojong when Geoncheonggung residence was built to the north within Gyeongbokgung.






Gyeonghoeru (Hangul경회루Hanja慶會樓), also known as Gyeonghoeru Pavilion, is a hall used to hold important and special state banquets during the Joseon Dynasty. It is registered as Korea's National Treasure No. 224 on January 8, 1985.
Geunjeongjeon (Hangul근정전Hanja勤政殿), also known as Geunjeongjeon Hall, is the throne hall where the king formally granted audiences to his officials, gave declarations of national importance, and greeted foreign envoys and ambassadors during the Joseon Dynasty.[7]The building was designated as Korea's National Treasure No. 223 on January 8, 1985.

Dah habis pusing-pusing dalam istana ni, aku teruskan ke desitinasi yang kedua. Yang ini sungguh mencapar.Aku akan cerita dalam post yang berikutnya.